Friday 6 March 2015

Kempen Kebersihan & Mencantikkan Taman Bunga

Hari Sekolah ini telah mengadakan aktivti kempen kebersihan dan mencantikkan taman bunga sekolah. Aktiviti bermula selepas selesai perberisan pagi yang melibatkan guru-guru serta murid-murid.









Thursday 5 March 2015

Lawatan Sambil Belajar ke OGDC Seria

Pada Khamis yang lalu 26hb Feberuari, Sekolah ini telah mengadakan lawatan ke OGDC Seria. Lawatan pada hari tersebut melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.

Tujuan lawatan ini dibuat ialah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan Sains mereka dan minat mereka kepada mata pelajaran Science.






Wednesday 4 March 2015

Aktivti Sambutan Hari Kebangsaan

Aktiviti-aktiviti sempena Hari Kebangsaan dijalan setelah selesai sesi bergambar ramai. Murid-murid telah diberikan aktiviti-aktiviti mengikut peringkat atau kelas masing-masing. Hadiah penghargaan juga diberikan bagi murid-murid yang melakukan tugasan dengan baik.










Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah

Pada 2hb Mac yang lalu telah belangsung Sambutan Hari Kebangsaan anjuran Sekolah ini. Acara bermula dengan Perbarisan pagi dan setelah itu acara diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Prefek sekolah ini iaitu Mohammad Hasrol Azril bin Abdullah. Acara kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu patriotik oleh murid-murid dan guru-guru sekolah ini. Selesai sahaja nyanyian lagu patriotik tersebut acara diteruskan dengan penyerahan bendera kecil kepada semua murid-murid sekolah ini. Perarakan mengelilingi kawasan sekolah mengambil tempat seterusnya sambil murid-murid mengibarkan bendera kecil mereka. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai guru-guru dan murid-murid.









Wednesday 21 November 2012

Aktiviti Bahasa Melayu 'Amazing Race'

Hari Rabu. 21hb November 2012 / 07hb Muharam 1434. Sekolah ini telah mengadakan 'Amazing Race' bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan bersempena dengan nama kuih tempatan(Cincin, Kusui, Penyaram, Ardam).

Aktiviti Bagi Program 'English 2012'

Hari Isnin. 19hb November 2012 / 05hb Muharam 1434. Bagi mengisi masa lapang murid-murid selepas Penilaian kemajuan Sekolah 2012, sekolah telah menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk akadamik. Salah satunya aktiviti bagi subjek English.
 
 
Aktiviti-Aktiviti bagi 'English'
Murid-murid diberikan 'ACTIVITY SHEET' bagi program English
Salah seorang murid mencuba 'Wordsearch'


Sunday 11 March 2012

LAWATAN KE PESTA BUKU 2012


Murid-murid Rendah Atas beserta dengan guru pegawas

Hari Sabtu. 10hb Rabiulakhir 1433H / 03hb Mac 2012M. Rombongan Sekolah Rendah Kampong Menengah telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku 2012 sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-28 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Sebanyak 2 rombongan iaitu hari Khamis, 01hb Mac 2012 bagi murid-murid Rendah Bawah. Guru pengawas pada hari tersebut ialah Cikgu Hjh Jainah, Cikgu Siti Rahmah, Cikgu Lisa Suryani, Cikgu Zuraimahwati(menggantikan Cikgu Mariana) dan Cikgu Nomy Marsilla. Manakala pada hari Sabtu, 03hb Mac 2012 adalah bagi murid-murid Rendah Atas dan guru pengawas yang bertugas ialah Cikgu Safiah, Cikgu Noordinawati, Cikgu Zuraimahwati(menggantikan Ustazah Hjh Ramlah), Cikgu Suziana dan Cikgu Fadzillahwati.

Lawatan ini merupakan sebahagian aktiviti tahunan sekolah ini. Antara tujuan lawatan diadakan ialah memberi peluang murid-murid untuk membeli bahan-bahan bacaan yang terdapat dalam pameran tersebut. Selain itu, memberi pendedahan kepada mereka dengan keadaan sekeliling di sepanjang perjalanan dari sekolah ke Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas kerana berkemungkinan terdapat sebahagian murid yang belum pernah mengunjungi Bandar Seri Begawan dan sekitarnya.