Sunday 11 March 2012

LAWATAN KE PESTA BUKU 2012


Murid-murid Rendah Atas beserta dengan guru pegawas

Hari Sabtu. 10hb Rabiulakhir 1433H / 03hb Mac 2012M. Rombongan Sekolah Rendah Kampong Menengah telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku 2012 sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-28 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Sebanyak 2 rombongan iaitu hari Khamis, 01hb Mac 2012 bagi murid-murid Rendah Bawah. Guru pengawas pada hari tersebut ialah Cikgu Hjh Jainah, Cikgu Siti Rahmah, Cikgu Lisa Suryani, Cikgu Zuraimahwati(menggantikan Cikgu Mariana) dan Cikgu Nomy Marsilla. Manakala pada hari Sabtu, 03hb Mac 2012 adalah bagi murid-murid Rendah Atas dan guru pengawas yang bertugas ialah Cikgu Safiah, Cikgu Noordinawati, Cikgu Zuraimahwati(menggantikan Ustazah Hjh Ramlah), Cikgu Suziana dan Cikgu Fadzillahwati.

Lawatan ini merupakan sebahagian aktiviti tahunan sekolah ini. Antara tujuan lawatan diadakan ialah memberi peluang murid-murid untuk membeli bahan-bahan bacaan yang terdapat dalam pameran tersebut. Selain itu, memberi pendedahan kepada mereka dengan keadaan sekeliling di sepanjang perjalanan dari sekolah ke Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas kerana berkemungkinan terdapat sebahagian murid yang belum pernah mengunjungi Bandar Seri Begawan dan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment