Monday 5 December 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Aktiviti-Aktiviti Sekolah 2011

Hari Rabu. 04hb Muharam 1432H/30hb November 2011. Di samping murid-murid menuntut ilmu di sekolah, mereka juga didedahkan dengan aktiviti di luar darjah seperti aktiviti 'Titih Membaca'. Selain itu, murid-murid juga dilibatkan dalam aktiviti ko-kurikulum samada di peringkat zon, daearh mahupun kebangsaan, seperti Mini Marathon. Sebagai penghargaan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti sekolah, SRKMT1 telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah di lobi Blok Pentadbiran Sekolah. Selain daripada itu, guru-guru kelas dan relief juga menyumbangkan hadiah galakan sebagai motivasi kepada murid-murid dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

Cikgu Nomy Marsilla sedang memberi beberapa maklumat penting


Seterusnya, Cikgu Nomy Marsilla meyampaikan hadiah bagi aktiviti-aktiviti akademik


Cikgu Kamaludin menyampaikan hadiah bagi acara Mini Marathon


Dayang Nurhaniza Syazwana menerima piala bagi acara Mini Marathon bagi Peringkat Kebangsaan


 Guru Besar SRKMT1 menyampaikan Hadiah Galakan bagi matapelajaran dan penglibatan murid dalam akitviti sekolah


Antara murid-murid yang hadir pada hari terakhir penggal persekolahan Tahun 2011

Thursday 1 December 2011

Majlis Pelancaran Program 'OutReach', Penyampaian Hadiah Akademik dan Sukan Ria 2011

Hari Selasa. 03hb Muharam 1433H/29hb November 2011M. Majlis Pelancaran Program 'OutReach', Penyampaian Hadiah Akademik dan Sukan Ria 2011 telah diadakan di Dewan Serbaguna SRKMT1. Tetamu Kehormat pada hari tersebut ialah Cikgu Masni Bte Haji Duraman, Penyelia Daerah Tutong 1 dan Penghulu Kampong Lamunin, Hj Tujoh bin Talip. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh seorang wakil murid Tahun 5, Muhammad Aiman bin Morni.

Dari Kiri: Penghulu Kg Lamunin, Guru Besar SRKMT1 dan Penyelia Daerah Tutong I sebagai Tetamu Kehormat majlis pada pagi tersebut

Seterusnya, Guru Besar SRKMT1 memberi ucapan alu-aluan dan diikuti dengan ucapan dari Tetamu Kehormat, Cikgu Masni bte Hj Duraman. Diikuti pula dengan Pelancaran Program 'OutReach' yang dirasmikan oleh Penyelia Daerah Tutong I dengan memotong riben merah.

Ucapan alu-aluan dari Guru Besar, SRKMT1

Ucapan dari Tetamu Kehormat, Cikgu Masni Bte Hj Duraman, Penyelia Daerah Tutong I

Tetamu Kehormat memotong riben tanda pelancaran Program 'Outreach' bagi SRKMT1

Ibubapa serta penjaga yang hadir

Sebahagian lagi ibubapa dan penjaga yang hadir

Sebelum acara Sukan Ria dimulakan, Tetamu Kehormat Majlis, Cikgu Masni Bte Hj Duraman menyampaikan hadiah bagi Program Outreach dan Hadiah Terbaik Akademik 2011.

Tetamu Kehormat menyampaikan hadiah bagi Program 'Outreach'

Penyampaian Hadiah Akademik

Murid Tahun 6 yang menerima Hadiah Cemerlang PSR 2011 yang mendapat 4A 1B, Rabiatul Atiqah Hj Mahli

Sejurus selepas itu, acara yang ditunggu-tunggu oleh semua yang hadir iaitu acara Sukan Ria bagi murid-murid dan ibubapa serta penjaga.Para ibubapa dan penjaga dibahagikan kepada empat kumpulan: BIRU, PINK, KUNING dan HIJAU. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing mengikut kumpulan berpandukan senarai yang telah disediakan. Penyampaian hadiah bagi acara Sukan Ria 2011 telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Lamunin, Hj Tujoh Bin Talip. Majlis ditutup dengan lawatan Tetamu Kehormat ke Pameran Program 'Outreach' dan Lukisan serta Kraftangan yang telah dipertandingkan di Sekolah Rendah Keriam baru-baru ini.

Sukan Ria bagi murid-murid Tahun 1 iaitu mencari benda berpandukan kad

Murid-murid Tahun 6 memancing dan membawa tin ke barisan penamat


Acara Sukan Ria bagi ibu/penjaga


Acara Kemuncak Sukan Ria 2011, Tetamu Kehormat cuba memancing gambar di atas lantai

Guru Besar dan Penghulu Mukim Lamunin juga turut serta dalam acara memancing gambar bersama ibubapa/penjaga


Penghulu Mukim Lamunin menyampaikan hadiah bagi acara Sukan Ria 2011

Sebahagian ahli jawatankuasa majlis

Majlis Pelancaran Buku Garispandu Penggunaan Tandas Sekolah dan Anugerah Program Kesedaran Kebersihan, Keselesaan dan Keselamatan Tandas, Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam

Hari Sabtu. 30hb Zulhijjah 1432H/26hb November 2011M. Majlis ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Rimba 2, Brunei. Tetamu Kehormat pada hari tersebut ialah Pg Hjh Sarah Bte Pg Hj Kamaluddin, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Anugerah ini julung-julung kali diadakan untuk mempastikan agar kemudahan asas(tandas) sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat untuk pengguna khususnya pelajar-pelajar di sekolah masing-masing.

 Majlis Pelancaran Buku Garispandu Penggunaan Tandas Sekolah dan Anugerah Program Kesedaran Kebersihan, Keselesaan dan Keselamatan Tandas, Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam

Pelancaran Buku Garispandu Penggunaan Tandas Sekolah oleh Pg Hjh Sarah Bte Pg Hj Kamaluddin, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan

Guru Besar SRKMT1 dan AJK MPK

Syukur Alhamdulillah, sekolah ini terpilih dalam senarai 'Top 5' bagi Kategori B iaitu Kategori Sekolah-Sekolah Rendah dan menerima saguhati berupa sijil, sebiji plak dan satu set 'water jet'.

Menandatangani Rekod Kemajuan Murid bagi Peperiksaan Kemajuan Murid(SPE) Tahun 2011

Hari Khamis. 28hb Zulhijjah 1432H/24hb November 2011M. Para ibubapa/penjaga murid-murid PRA hingga Tahun 5 berpeluang mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak mereka dalam satu sesi menandatangani Rekod Kemajuan. Ianya telah diadakan di lobi Blok Pentadbiran SRKMT1. Selain untuk menerangkan kemajuan anak-anak mereka, sesi menandatangani ini dapat merapatkan lagi tali silaturahim diantara guru-guru dan ibubapa/penjaga.

 Cikgu Hjh Jainah dan Cikgu Safiah sedang berbincang dengan salah seorang bapa murid

Cikgu Lisa menerangkan perkembangan pembelajaran salah seorang murid Tahun 1