Sunday 11 March 2012

LAWATAN KE PESTA BUKU 2012


Murid-murid Rendah Atas beserta dengan guru pegawas

Hari Sabtu. 10hb Rabiulakhir 1433H / 03hb Mac 2012M. Rombongan Sekolah Rendah Kampong Menengah telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku 2012 sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-28 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Sebanyak 2 rombongan iaitu hari Khamis, 01hb Mac 2012 bagi murid-murid Rendah Bawah. Guru pengawas pada hari tersebut ialah Cikgu Hjh Jainah, Cikgu Siti Rahmah, Cikgu Lisa Suryani, Cikgu Zuraimahwati(menggantikan Cikgu Mariana) dan Cikgu Nomy Marsilla. Manakala pada hari Sabtu, 03hb Mac 2012 adalah bagi murid-murid Rendah Atas dan guru pengawas yang bertugas ialah Cikgu Safiah, Cikgu Noordinawati, Cikgu Zuraimahwati(menggantikan Ustazah Hjh Ramlah), Cikgu Suziana dan Cikgu Fadzillahwati.

Lawatan ini merupakan sebahagian aktiviti tahunan sekolah ini. Antara tujuan lawatan diadakan ialah memberi peluang murid-murid untuk membeli bahan-bahan bacaan yang terdapat dalam pameran tersebut. Selain itu, memberi pendedahan kepada mereka dengan keadaan sekeliling di sepanjang perjalanan dari sekolah ke Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas kerana berkemungkinan terdapat sebahagian murid yang belum pernah mengunjungi Bandar Seri Begawan dan sekitarnya.

Saturday 10 March 2012

PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID-MURID KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2012

Hari Sabtu. 03hb Rabiulakhir 1433H/25hb Februari 2012M. Setiap tahun, Pegawai-Pegawai dari Kementerian Kesihatan Daerah Tutong akan mengadakan pemeriksaan kesihatan ke atas murid-murid sekolah. Pada hari tersebut, murid-murid PRA hingga Tahun 6 telah periksa oleh Pegawai-Pegawai berkenaan. Pemeriksaan dilakukan ke atas mata, berat badan, ketinggian dan sebagainya. Lawatan susulan telah diadakan pada 29hb Februari 2012 iaitu hari Rabu.


Murid-murid Tahun 1 sabar menunggu sebelum giliran mereka tiba.

Salah seorang murid Tahun 1 diperiksa timbangan berat badan



Friday 9 March 2012

PERLAWANAN BOLA JARING PERSAHABATAN DIANTARA SR KG MENENGAH DAN SR CHUNG HWA KIUDANG, TUTONG

BERGAMBAR RAMAI SEMPENA PROGRAM MUKIM SIHAT

Murid-Murid Sekolah Rendah Kampong Menengah, Tutong I

BERSENAM 5 MINIT SETIAP HARI

Murid-murid melakukan pergerakan memanaskan badan

Cikgu Pranchis mengetuai aktiviti senaman 5 minit


Hari Sabtu. 18hb Februari 2012. Menuju ke arah warga sekolah yang sihat, sekolah ini telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun bagi Program Sekolah Mempromosikan Kesihatan(SMK). Salah satu daripadanya ialah bersenam selama 5 minit setiap hari kecuali hari Khamis yang akan dikendalikan oleh guru-guru yang ditugaskan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Aktiviti ini adalah satu inisiatif untuk mempertingkatkan mutu kesihatan di kalangan guru-guru serta murid-murid terutamanya bagi mereka yang bermasalah obesiti. Selain daripada itu, dengan bersenam juga dapat mencergaskan minda dan membangkitkan semangat murid-murid dan guru-guru sebelum memulakan pembelajaran seta pengajaran di dalam kelas.

SESI BERGAMBAR MURID-MURID DAN GURU KELAS BAGI TAHUN 2012


Tahun PRA: Cikgu Hjh Jainah Binti Bakar(Guru Kelas)
TAHUN 2: Cikgu Siti Rahmah Binti Rahmat(Guru Kelas)

TAHUN 2: Cikgu Mariana Bte Abdullah Maduan(Guru Kelas)

TAHUN 3: Cikgu Lisa Suryani Bte Salam(Guru Kelas)

TAHUN 4: Cikgu Safiah Bte Othman(Guru Kelas)

TAHUN 5: Cikgu Fadzillahwati Binti Haji Tahir

TAHUN 6: Cikgu Suziana Bte Ibrahim(Guru Kelas)