Wednesday 4 March 2015

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah

Pada 2hb Mac yang lalu telah belangsung Sambutan Hari Kebangsaan anjuran Sekolah ini. Acara bermula dengan Perbarisan pagi dan setelah itu acara diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Prefek sekolah ini iaitu Mohammad Hasrol Azril bin Abdullah. Acara kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu patriotik oleh murid-murid dan guru-guru sekolah ini. Selesai sahaja nyanyian lagu patriotik tersebut acara diteruskan dengan penyerahan bendera kecil kepada semua murid-murid sekolah ini. Perarakan mengelilingi kawasan sekolah mengambil tempat seterusnya sambil murid-murid mengibarkan bendera kecil mereka. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai guru-guru dan murid-murid.









No comments:

Post a Comment