Sunday 20 November 2011

Hari Terbuka Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong

Ucapan alu-aluan dari Pengetua Sekolah, Yang Mulia Cikgu Aliuddin bin Hj Abd Rahman

Antara hasil penuntut turut dipamerkan

 Murid-murid SRKMT1 mengunjungi booth Jabatan Agama Islam

 Murid-murid Tahun 6(seorang tidak hadir) beserta guru pengawas yang mengadakan lawatan pada Hari Terbuka Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong

Friday 18 November 2011

Aktiviti Berjalan Kaki Sepanjang Jalan Kampong Menengah

Cikgu Noordinawati dan Cikgu Siti Rahmah ikut serta dalam aktiviti berjalan kaki

Guru-guru perempuan yang telah berjaya sampai ke Bukit Tiga

Hari Sabtu. 22hb Zulhijjah 1432H/19hb November 2011M. Sebagai aktiviti mingguan, guru-guru dan murid-murid Sekolah Rendah Kampong Menengah, Tutong I akan berjalan kaki sepanjang Jalan Kampong Menengah. Aktiviti berjalan kaki ini bermula dari sekolah hingga ke Bukit Tiga iaitu simpang menuju Empangan Air Benutan. Sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki, Cikgu Nomy Marsilla mengetuai aktiviti memanaskan badan.  


Pertandingan dan Pameran Senilukis Pelajar-Pelajar dan Guru-Guru Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong

Murid-murid mereka bentuk beberapa ekor ikan dari pinggan kertas

 Kelihatan murid-murid Tahun 6 membentuk kuntuman bunga dari kertas crepe
Hasil kerjatangan murid-murid dan guru-guru dipamerkan

 Sebahagian lagi antara hasil kerja murid-murid dan guru-guru

 Poster-poster juga turut dipamerkan

Hasil kreativiti murid-murid SRKMT1

Hari Isnin. 17hb Zulhijjah 1432H/14hb November 2011M. Pameran Senilukis Pelajar-Pelajar dan Guru-Guru Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong telah diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1.

Wednesday 16 November 2011

AKTIVITI-AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011


Murid-murid sedang membaca buku cerita Dewan Bahasa dan Pustaka

Murid-murid mencari benda yang tersembunyi di dalam gambar


Seorang murid Tahun 1 sedang menyanyikan lagu 'Hari Pertama' secara sukarela selepas acara kuiz

Hari Khamis. 22hb Zulhijjah 1432H/17hb November 2011M. Sebagai mengisi lapang murid-murid selepas peperiksaan akhir tahun 2011, mereka telah disediakan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Salah satu aktiviti tersebut ialah membaca buku cerita DBP, mencari benda tersembunyi yang terdapat di dalam gambar,  dan seterusnya acara kuiz.

Wednesday 2 November 2011

Sambutan Hari Guru 2011 & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H



 Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar, Cikgu Haji Zainuddin

Persembahan Koir Anti Dadah

Salah seorang murid menerima hadiah saguhati bagi Pertandingan Koir AntiDadah Peringkat Negara 2011
Persembahan Baju Fesyen
 Murid-murid menyaksikan persembahan


Persembahan lagu 'Suasana Hari Raya' oleh semua murid SRKM

Hari Rabu. 29 Syawal 1432H/28 September 2011M. Sambutan Hari Guru 2011M dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H telah diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Kampong Menengah, Tutong I. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ketua Prefek, Awang Nurhisham bin Mohd Noor. Sejurus selepas itu, ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Abu Bakar. Bagi memulakan acara Sambutan Hari Guru 2011, kumpulan koir SRKM telah mempersembahkan lagu yang membawa mereka ke peringkat akhir Pertandingan Koir Anti Dadah Peringkat Negara. Setelah itu, mereka membawakan lagu 'Terima Kasih Cikgu'. Penyampaian hadiah saguhati juga diteruskan selepas itu bagi peserta-peserta koir. Sebagai penghargaan murid-murid kepada guru-guru mereka, murid-murid sendiri diberikan peluang untuk menyampaikan hadiah-hadiah tersebut.

Acara diteruskan dengan persembahan fesyen pakaian oleh murid-murid Tahun 2 dan 3 dan diikuti pula dengan nyanyian beramai-ramai dari semua murid SRKM dengan mendendangkan lagu 'Suasana Hari Raya'. Acara kemuncak sambutan pada hari tersebut ialah bersalam-salaman dan saling bermaafan antara murid-murid serta guru-guru dan kakitangan sekolah. Untuk mengakhiri majlis, warga sekolah menikmati juadah yang telah disediakan.

Tuesday 1 November 2011

Perlaksanaan Lesson Study Fasa ke-2

Cikgu Siti Rahmah memulakan pengajaran dengan Story Telling sebagai set induksi


Murid-murid mendengar dengan penuh perhatian

Murid-murid menjawab soalan Perimeter secara berkumpulan

Guru-guru Besar dan para jemputan membuat pemerhatian ketika aktiviti dijalankan

Murid-murid dengan tekun menyelesaikan masalah Perimeter sambil diperhatikan oleh
 Guru-Guru Besar dan tetamu jemputan

Hari Selasa. 27 Zulkaedah 1432H/25 Oktober 2011M. Brunei Lesson Study Group telah dilaksanakan bagi Fasa ke-2 di Sekolah Rendah Kampong Menengah, Tutong I. Guru yang terlibat dalam projek BLSPG 3(A), Cikgu Siti Rahmah Binti Rahmat dan murid-murid Tahun 4 seramai 5 orang. Tajuk pengajaran pada hari tersebut ialah Perimeter of Irregular Shapes. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam BLSPG 3(A) Fasa ke-2 ini ialah Sekolah Rendah PDN Sengkarai, Tutong, Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut, Brunei dan Sekolah Rendah Selangan, Temburong.

Salah satu aspek yang ditekankan di dalam BLSG ini ialah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid(student-centred). Ini bermakna murid-murid lebih banyak berfikir dan menyelesaikan masalah dan guru sebagai fasilitator.