Murid-murid melakukan pergerakan memanaskan badan
Cikgu Pranchis mengetuai aktiviti senaman 5 minit
Hari Sabtu. 18hb Februari 2012. Menuju ke arah warga sekolah yang sihat, sekolah ini telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun bagi Program Sekolah Mempromosikan Kesihatan(SMK). Salah satu daripadanya ialah bersenam selama 5 minit setiap hari kecuali hari Khamis yang akan dikendalikan oleh guru-guru yang ditugaskan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Aktiviti ini adalah satu inisiatif untuk mempertingkatkan mutu kesihatan di kalangan guru-guru serta murid-murid terutamanya bagi mereka yang bermasalah obesiti. Selain daripada itu, dengan bersenam juga dapat mencergaskan minda dan membangkitkan semangat murid-murid dan guru-guru sebelum memulakan pembelajaran seta pengajaran di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment