Cikgu Siti Rahmah memulakan pengajaran dengan Story Telling sebagai set induksi
Murid-murid mendengar dengan penuh perhatian
Murid-murid menjawab soalan Perimeter secara berkumpulan
Guru-guru Besar dan para jemputan membuat pemerhatian ketika aktiviti dijalankan
Murid-murid dengan tekun menyelesaikan masalah Perimeter sambil diperhatikan oleh
Guru-Guru Besar dan tetamu jemputan
Hari Selasa. 27 Zulkaedah 1432H/25 Oktober 2011M. Brunei Lesson Study Group telah dilaksanakan bagi Fasa ke-2 di Sekolah Rendah Kampong Menengah, Tutong I. Guru yang terlibat dalam projek BLSPG 3(A), Cikgu Siti Rahmah Binti Rahmat dan murid-murid Tahun 4 seramai 5 orang. Tajuk pengajaran pada hari tersebut ialah Perimeter of Irregular Shapes. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam BLSPG 3(A) Fasa ke-2 ini ialah Sekolah Rendah PDN Sengkarai, Tutong, Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut, Brunei dan Sekolah Rendah Selangan, Temburong.
Salah satu aspek yang ditekankan di dalam BLSG ini ialah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid(student-centred). Ini bermakna murid-murid lebih banyak berfikir dan menyelesaikan masalah dan guru sebagai fasilitator.
No comments:
Post a Comment